Barang siapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من كانت له ثلاث بنات، فصبر على لأوائهن، وضرائهن، وسرائهن، أدخله الله الجنة بفضل رحمته إياهن. فقال رجل: أو اثنتان يا رسول الله؟ قال: أو اثنتان. فقال رجل: أو واحدة يا رسول الله؟ قال: أو واحدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu dia bersabar di atas kerenahnya serta kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan limpah kurniaNya terhadap layanannya terhadap anak perempuannya”. Seorang lelaki bertanya: “Kalau dua orang wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Ataupun dua orang.” Kemudian dia bertanya lagi: “Kalau seorang wahai Rasulullah?”. Baginda SAW menjawab: “Ataupun seorang.”

STATUS

Lemah dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 913, hadis nombor 4672. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ)
عن أبي هريرة –رضي الله عنه– مرفوعا: ((من كانت له ثلاث بنات، فصبر على لأوائهن، وضرائهن، وسرائهن، أدخله الله الجنة بفضله إياهن)). فقال رجل: أو اثنتان يا رسول الله؟ قال: ((أو اثنتان)). فقال رجل: أو واحدة يا رسول الله؟، قال: ((أو واحدة)).
[حم، ك، ((الضعيفة)) (407، 6861)].

(Lemah Dengan Lafaz Ini)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu dia bersabar di atas kerenahnya serta kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan limpah kurniaNya terhadap layanannya terhadap anak perempuannya”. Seorang lelaki bertanya: “Kalau dua orang wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Ataupun dua orang.” Kemudian dia bertanya lagi: “Kalau seorang wahai Rasulullah?”. Baginda SAW menjawab: “Ataupun seorang.”
[ٌRiwayat Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 407 dan 6861].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.