Barangsiapa yang membenci kami -yakni Ahlul Bait-, Allah SWT akan membangkitkannya kelak pada hari kiamat sebagai orang Yahudi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أيها الناس من أبغضنا أهل البيت حشره الله يوم القيامة يهوديا. فقلت: يا رسول الله، وإن صام وصلى؟ قال: وإن صام وصلى، وزعم أنه مسلم، أيها الناس، احتجر بذلك من سفك دمه، وأن يؤدي الجزية عن يد وهم صاغرون، مثل لي أمتي في الطين، فمر بي أصحاب الرايات، فاستغفرت لعلي وشيعته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai sekalian manusia, Barangsiapa yang membenci kami -yakni Ahlul Bait-, Allah SWT akan membangkitkannya kelak pada hari kiamat sebagai orang Yahudi. Aku berkata: Wahai Rasulullah, sekalipun dia seorang yang berpuasa dan menunaikan solat? Baginda berkata, sekalipun dia berpuasa dan mendirikan solat dan mendakwa bahawa dia seorang Muslim. Wahai sekalian manusia, disebabkan hal itu (yakni keislamannya, dan perbuatannya berpuasa dan menunaikan solat), maka dilarang seseorang itu daripada menumpahkan darahnya. Dan dia (yakni orang yang membenci kami) perlu membayar jizyah dalam keadaan terhina. Diperlihatkan kepadaku umatku dalam bentuk tanah tanah, lalu beberapa golongan melintasiku dengan panji-panji (mereka) dan aku hanya memohon ampun bagi Ali dan kelompoknya sahaja.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 486, hadis nombor 2613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله الأنصاري –رضي الله عنهما-، قال: خطبنا رسول الله ﷺ فسمعته وهو يقول: ((أيها الناس من أبغضنا أهل البيت حشره الله يوم القيامة يهوديا. فقلت: يا رسول الله، وإن صام وصلى؟ قال: وإن صام وصلى، وزعم أنه مسلم، أيها الناس، احتجر بذلك من سفك دمه، وأن يؤدي الجزية عن يد وهم صاغرون، مثل لي أمتي في الطين، فمر بي أصحاب الرايات، فاستغفرت لعلي وشيعته.)). [طس، ((الضعيفة)) (4919، 6863)]

(Palsu)
Daripada Jabir bin Abdullah Al-Ansari RA berkata: Rasulullah SAW menyampaikan khutbah kepada kami dan aku mendengar baginda SAW berkata: "Wahai sekalian manusia, Barangsiapa yang membenci kami -yakni Ahlul Bait-, Allah SWT akan membangkitkannya kelak pada hari kiamat sebagai orang Yahudi. Aku berkata: Wahai Rasulullah, sekalipun dia seorang yang berpuasa dan menunaikan solat? Baginda berkata, sekalipun dia berpuasa dan mendirikan solat dan mendakwa bahawa dia seorang Muslim. Wahai sekalian manusia, disebabkan hal itu (yakni keislamannya, dan perbuatannya berpuasa dan menunaikan solat), maka dilarang seseorang itu daripada menumpahkan darahnya. Dan dia (yakni orang yang membenci kami) perlu membayar jizyah dalam keadaan terhina. Diperlihatkan kepadaku umatku dalam bentuk tanah tanah, lalu beberapa golongan melintasiku dengan panji-panji (mereka) dan aku hanya memohon ampun bagi Ali dan kelompoknya sahaja."
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4919, 6863].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.