Aku mewasiatkan kepada sesiapa yang beriman kepadaku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أوصي من آمن بي وصدقني بولاية علي، فمن تولاه تولاني، ومن تولاني فقد تولى الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mewasiatkan kepada sesiapa yang beriman kepadaku dan yang membenarkan (apa yang) aku (sampaikan) berkenaan hal penguasaan Ali, barangsiapa yang mengiktiraf penguasaan Ali, maka dia memperoleh kedekatan kepadaku, dan sesiapa yang memperoleh kedekatan kepadaku, maka dia akan memperoleh kedekatan kepada Allah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 486, hadis nombor 2612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمار بن يسار –رضي الله عنه- مرفوعا: ((أوصي من آمن بي وصدقني بولاية علي، فمن تولاه تولاني، ومن تولاني فقد تولى الله)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4882)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ammar Bin Yassir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku mewasiatkan kepada sesiapa yang beriman kepadaku dan yang membenarkan (apa yang) aku (sampaikan) berkenaan hal penguasaan Ali, barangsiapa yang mengiktiraf penguasaan Ali, maka dia memperoleh kedekatan kepadaku, dan sesiapa yang memperoleh kedekatan kepadaku, maka dia akan memperoleh kedekatan kepada Allah.
[Riwayat Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4882].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.