TEKS BAHASA ARAB
ومن صام يوما من المحرم فله بكل يوم ثلاثون يوما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dan barangsiapa yang berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka baginya setiap hari penuh berpuasa di bulan tersebut.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1129, hadis nombor 5692. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: «ومن صام يوما من المحرم فله بكل يوم ثلاثون يوما». [طب، ((الضعيف)) (413)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA: "Dan barangsiapa yang berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka baginya setiap hari penuh berpuasa di bulan tersebut."
[Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 413].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.