TEKS BAHASA ARAB
من دعا رجلا بغير اسمه؛ لعنته الملائكة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barangsiapa memanggil seseorang selain namanya, dilaknat oleh malaikat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 951, hadis nombor 4907. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عمير بن سعد قال: قال رسول الله – ﷺ-: من دعا رجلا بغير اسمه؛ لعنته الملائكة.
[ابن السني، ابن قانع، ((الضعيفة))(5222)]
(Lemah)
Diriwayatkan daripada Amir bin Sa’ad telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa memanggil seseorang selain namanya, dilaknat oleh malaikat.
[Riwayat Ibn al-Sini, Ibn Qani’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5222].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.