TEKS BAHASA ARAB
مسكين مسكين: رجل ليس له امرأة؛ وإن كان كثير المال، ومسكينة مسكينة: امرأة ليس لها زوج؛ وإن كانت كثيرة المال.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Miskin, miskin: Orang yang tidak mempunyai wanita (isteri) walaupun dia memiliki harta yang banyak. Miskin juga bagi wanita yang tiada lelaki (suami) walaupun hartanya banyak.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 951, hadis nombor 4906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي نجيح مرفوعا: مسكين مسكين: رجل ليس له امرأة؛ وإن كان كثير المال، ومسكينة مسكينة: امرأة ليس لها زوج؛ وإن كانت كثيرة المال.
[طس، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة))(5177)]
(Munkar)
Diriwayatkan daripada Abu Najih secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Miskin, miskin: Orang yang tidak mempunyai wanita (isteri) walaupun dia memiliki harta yang banyak. Miskin juga bagi wanita yang tiada lelaki (suami) walaupun hartanya banyak.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5177]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.