Barang siapa yang menyebut ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu dan tiada sekutu bagi-Nya

TEKS BAHASA ARAB

من قال: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، يحيى ويميت، وهو حي لا يموت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير؛ لم يسبقها عمل، ولم تبق معها سيئة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang menyebut ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan segala pujian, dan Dialah yang Maha Hidup yang tidak mati, di dalam tangan-Nya (ketentuan) kebaikan dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara’, maka tidak ada amalan yang (pahalanya) mendahului (pahala sebutan zikir tersebut) dan disebabkan sebutan itu, kejahatan tidak akan kekal bersama (orang yang menyebutnya).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1517, hadis nombor 7720. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أبي أمامة الباهلي -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من قال: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، يحيى ويميت، وهو حي لا يموت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير؛ لم يسبقها عمل، ولم تبق معها سيئة)). [الدولابي، ((الضعيفة)) (5127)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Umamah al-Bahiliy RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang menyebut ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan segala pujian, dan Dialah yang Maha Hidup yang tidak mati, di dalam tangan-Nya (ketentuan) kebaikan dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara’, maka tidak ada amalan yang (pahalanya) mendahului (pahala sebutan zikir tersebut) dan disebabkan sebutan itu, kejahatan tidak akan kekal bersama (orang yang menyebutnya).”
[Riwayat al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5127].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.