Diturunkan kenabian di tiga tempat; Makkah, Madinah dan Syam

TEKS BAHASA ARAB

أنزلت النبوة وفي لفظ : أنزل القرآن في ثلاث أمكنة : بمكة وبالمدينة وبالشام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Diturunkan kenabian (dalam lafaz yang lain: diturunkan al-Quran) di tiga tempat; Makkah, Madinah dan Syam.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1714, hadis nombor 8618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن أبي أمامة مرفوعاً: (أنزلت النبوة، (وفي للفظ: أنزل القرآن) في ثلاثة أمكنة: بمكة، وبالمدينة، وبالشام).
[طب، ابن عساكير، الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (6887)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Diturunkan kenabian (dalam lafaz yang lain: diturunkan al-Quran) di tiga tempat; Makkah, Madinah dan Syam.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, Ibn Asakir dan al-Khatib dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6887]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.