Barang siapa yang menyebut 'Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan segala pujian'

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو الحي الذي لا يموت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، لا يريد بها إلا وجهه؛ أدخله الله بها جنات النعيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang menyebut ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan segala pujian, dan Dialah yang maha Hidup yang tidak mati, dalam tangan-Nya (ketentuan) kebaikan dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara’, tidak menginginkan dengan (menyebut)nya melainkan keredhaan-Nya, maka Allah akan memasukkannya di dalam syurga yang penuh nikmat (kerana ucapan tersebut).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1517, hadis nombor 7721. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عمر-رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من قال: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو الحي الذي لا يموت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، لا يريد بها إلا وجهه؛ أدخله الله بها جنات النعيم)). [طب، ((الضعيف)) (5128)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barangsiapa yang menyebut ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan segala pujian, dan Dialah yang maha Hidup yang tidak mati, dalam tangan-Nya (ketentuan) kebaikan dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara’, tidak menginginkan dengan (menyebut)nya melainkan keredhaan-Nya, maka Allah akan memasukkannya di dalam syurga yang penuh nikmat (kerana ucapan tersebut). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5128].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.