Barang siapa yang mendengar seruan (azan), lalu dia mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من سمع النداء؛ فقال: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، اللهم صل عليه وبلغه درجة الوسيلة عندك، واجعلنا في شفاعته يوم القيامة، وجبت له الشفاعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mendengar seruan (azan), lalu dia mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa tanpa ada sekutu baginya dan bahawa Muhammad ialah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, berselawatlah kepadanya dan kurniakanlah kepadanya darjat al-Wasilah di sisi-Mu, serta jadikanlah kami mendapat syafaatnya pada hari kiamat", nescaya telah wajib baginya syafaat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 378, hadis nombor 2005. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال ﷺ: «من سمع النداء؛ فقال: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، اللهم صل عليه وبلغه درجة الوسيلة عندك، واجعلنا في شفاعته يوم القيامة، وجبت له الشفاعة». [طس، «الضعيفة» (6813)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: Barang siapa yang mendengar seruan (azan), lalu dia mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa tanpa ada sekutu baginya dan bahawa Muhammad ialah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, berselawatlah kepadanya dan kurniakanlah kepadanya darjat al-Wasilah di sisi-Mu, serta jadikanlah kami mendapat syafaatnya pada hari kiamat", nescaya telah wajib baginya syafaat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6813].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.