Ambillah peluang untuk beramal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اغتنموا العمل وبادروا الأجل واغتنموا العلم فإنه يدفع به عن الرجل وأهله وقومه ومصره ومعارفه فكأنه قد رحل وجهد حتى يعير به كما يعير بالزنا والسرقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ambillah peluang untuk beramal, bersegeralah (untuk menghadapi) kematian dan rebutlah ilmu. Ini kerana kematian menjauhkannya daripada ahli keluarganya, masyarakatnya, tempat tinggalnya dan ilmu pengetahuannya. Seakan-akan dia pergi bermusafir dan berjihad sehingga dia diaibkan seperti mana dia diaibkan dengan zina dan mencuri.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

عَائِشَة رفعته «اغْتَنِمُوا الْعَمَلَ وَبَادِرُوا الأَجَلَ وَاغْتَنِمُوا الْعِلْمَ فَإِنَّهُ يُدْفَعُ بِهِ عَنِ الرَّجُلِ وَأَهْلِهِ وَقَوْمِهِ وَمِصْرِهِ وَمَعَارِفِهِ فَكَأَنَّهُ قَدْ رَحَلَ وَجَهِدَ حَتَّى يُعَيَّرَ بِهِ كَمَا يُعَيَّرُ بِالزِّنَا وَالسَّرِقَةِ» فِيهِ الْحَكَمُ كَذَّابٌ أَحَادِيثُهُ مَوْضُوعَة.

Daripada ‘Aisyah yang diriwayatkan secara marfu’:
Maksudnya: “Ambillah peluang untuk beramal, bersegeralah (untuk menghadapi) kematian dan rebutlah ilmu. Ini kerana kematian menjauhkannya daripada ahli keluarganya, masyarakatnya, tempat tinggalnya dan ilmu pengetahuannya. Seakan-akan dia pergi bermusafir dan berjihad sehingga dia diaibkan seperti mana dia diaibkan dengan zina dan mencuri.”
Dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang bernama Al-Hakam. Beliau ialah seorang pendusta. Kesemua hadis-hadis riwayatnya adalah palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.