Barang siapa yang memakan tanah liat, maka sungguh dia telah membantu dirinya

TEKS BAHASA ARAB

من أكل الطين؛ فقد أعان على نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memakan tanah liat, maka sungguh dia telah membantu dirinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 412, hadis nombor 2215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع): «من أكل الطين؛ فقد أعان على نفسه». روي من حديث سلمان، وأبي هريرة، وابن عباس، ومحمد الباقر مرسلاً. [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، خط، عد، هق، ابن أبي حاتم في «العلل»، «الضعيفة» (4560)].

(Palsu) "Barang siapa yang memakan tanah liat, maka sungguh dia telah membantu dirinya". Ia diriwayatkan daripada hadis Salman, Abu Hurairah, Ibn ‘Abbas dan Muḥammad al-Baqir secara mursal (terputus sanad). [Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān, al-Khaṭīb dalam al-Tārīkh, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā dan Ibn Abī Ḥātim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4560].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs