Barang siapa yang mati dalam perjalanan ke Makkah, tidak akan dibentangkan baginya oleh Allah pada hari kiamat dan tidak dihisab akannya.

TEKS BAHASA ARAB

من مات في طريق مكة ، لم يعرضه الله عز وجل يوم القيامة ولم يحاسبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mati dalam perjalanan ke Makkah, tidak akan dibentangkan baginya oleh Allah pada hari kiamat dan tidak dihisab akannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1732, hadis nombor 8617. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر به مرفوعا: (من مات في طريق مكة، لم يعرضه الله عز وجل يوم القيامة ولم يحاسبه).
[الحارث، ابن عدي، ابن الجوزي، الأصبحاني، ((الضعيفة)) (2804)]

(Palsu)
Daripada Jabir RA dengannya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang mati dalam perjalanan ke Makkah, tidak akan dibentangkan baginya oleh Allah pada hari kiamat dan tidak dihisab akannya.”
[Riwayat al-Harith, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Ibn al-Jawzi, Al-Ashbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2804]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs