Barang siapa yang datang kepada ahli nujum lalu dia mempercayai perkara yang diperkatakannya, nescaya dia telah berlepas diri daripada apa yang diturunkan kepada Muhammad ﷺ

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أتى كاهنا فصدقه بما يقول؛ فقد برىء مما أنزل على محمد ﷺ، ومن أتاه غير مصدق له؛ لم يقبل له صلاة أربعين ليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang datang kepada ahli nujum lalu dia mempercayai perkara yang diperkatakannya, nescaya dia telah berlepas diri daripada apa yang diturunkan kepada Muhammad ﷺ. Manakala barang siapa yang datang kepadanya tanpa mempercayai apa yang diperkatakannya, nescaya tidak akan diterima solat baginya selama empat puluh malam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 509, hadis nombor 2710. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: «من أتى كاهنا فصدقه بما يقول؛ فقد برىء مما أنزل على محمد ﷺ، ومن أتاه غير مصدق له؛ لم يقبل له صلاة أربعين ليلة». [طس، «الضعيفة» (5281، 6523، 6555)].

(Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasululllah ﷺ bersabda: Barang siapa yang datang kepada ahli nujum lalu dia mempercayai perkara yang diperkatakannya, nescaya dia telah berlepas diri daripada apa yang diturunkan kepada Muhammad ﷺ. Manakala barang siapa yang datang kepadanya tanpa mempercayai apa yang diperkatakannya, nescaya tidak akan diterima solat baginya selama empat puluh malam. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5281, 6523, 6555].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.