TEKS BAHASA ARAB
من دعا بهؤلاء الكلمات الخمس؛ لم يسأل الله شيئاً إلا أعطاه: لا إله إلا الله، والله أكبر، لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير، لا إله إلا الله، ولا حول ولا قوة إلا بالله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang berdoa dengan lima kalimah ini, tidaklah dia meminta kepada Allah melainkan diberikan kepadanya iaitu: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia berkuasa ke atas semua perkara, tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada kuasa mahupun kekuatan melainkan Allah’.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1513, hadis nombor 7698. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاوية بن أبي سفيان -رضي الله عنهما- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من دعا بهؤلاء الكلمات الخمس؛ لم يسأل الله شيئاً إلا أعطاه: لا إله إلا الله، والله أكبر، لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير، لا إله إلا الله، ولا حول ولا قوة إلا بالله.)) [طس، (الضعيفة)) (5311)].
(Lemah)
Daripada Muawiyah Bin Abu Sufyan RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang berdoa dengan lima kalimah ini, tidaklah dia meminta kepada Allah melainkan akan diberikan kepadanya, iaitu: ((Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia berkuasa ke atas semua perkara, tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada kuasa mahupun kekuatan melainkan Allah.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5311].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.