Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, Allah batalkan amalannya

TEKS BAHASA ARAB

من ترك صلاة متعمداً؛ أحبط الله عمله وبرئت منه ذمة الله؛ حتى يراجع لله توبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, Allah batalkan amalannya dan terlepaslah jaminan Allah darinya sehinggalah dia kembali kerana Allah secara bertaubat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 312, hadis nombor 1642. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Umar bin al-Khattab RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً بتمامه) عن عمر بن الخطاب –رضي الله عنه، مرفوعاً: ((من ترك صلاة متعمداً؛ أحبط الله عمله وبرئت منه ذمة الله؛ حتى يراجع لله توبة)). [الأصفهاني، ((الضعيفة)) (5150) ].

(Sangat lemah dengan selengkapnya) Dari Umar bin al-Khattab RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, Allah batalkan (seluruh) amalannya dan terlepaslah jaminan Allah darinya sehinggalah dia kembali kerana Allah untuk bertaubat. [Diriwayatkan oleh Al-Asfahani dalam Kitab al-Targhib, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5150].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs