Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من حافظ على أربع ركعات قبل العصر؛ بنى الله عز وجل له بيتاً في الجنة.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang memelihara empat rakaat sebelum Asar, Allah Azza wa Jalla akan membina buatnya sebuah rumah dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Ummu Habibah binti Abi Sufyan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 312, hadis no. 1645. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Dari Ummu Habibah binti Abi Sufyan RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang memelihara empat rakaat sebelum Asar, Allah Azza wa Jalla akan membina buatnya sebuah rumah dalam syurga. [Riwayat Abu Ya’la dalam Kitab Musnadnya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5055]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman