Kitab-kitab tafsir, antara kitab yang masyhur ialah kitab al-Kalbi dan Muqatil bin Sulayman

TEKS BAHASA ARAB

وأما كتب التفسير فمن أشهرها كتابا الكلبي ومقاتل بن سليمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manakala kitab-kitab tafsir, antara kitab yang masyhur ialah Kitab al-Kalbi dan Muqatil bin Sulayman.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 222, hadis nombor 422. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وأما كتب التفسير فمن أشهرها كتابا الكلبي ومقاتل بن سليمان. وقد قال أحمد في تفسيرالكلبي، من أوله إلى آخره كذب. قيل له: فيحل النظرفيه: قال: لا. قلت: وقد قال الزركشي: وكتاب مقاتل قريب منه. وقال شيخ مشايخنا الجلال السيوطي: ومنه كتب صحيحة، ونسخ معتبرة، بينت حالها في آخر كتاب الإتقان في علوم القرآن، وسطرتها كلها في التفسير المسند. انتهى.

Manakala kitab-kitab tafsir, antara kitab yang masyhur ialah Kitab al-Kalbi dan Muqatil bin Sulayman. Dan telah berkata Ahmad dalam Tafsir al-Kalbi dari awalnya hingga akhirnya dusta. Lalu dikatakan padanya: Maka dibolehkan untuk melihat padanya? Dia berkata: Tidak. Aku berkata: Dan al-Zarkasyi telah berkata: Dan kitab Muqatil dekat dengannya (dari sudut kandungannya) dan guru kepada guru-guru kamiو al-Jalal al-Suyuti berkata: Dan darinya terdapat kitab-kitab sahih, naskhah-naskhah yang diiktiraf yang mana aku telah jelaskan keadaannya pada akhir Kitab al-Itqan fi al-Ulum al-Quran dan aku telah tuliskan kesemuanya dalam Kitab al-Tafsir al-Musnad.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.