Banyak minum air zam-zam adalah pembebasan daripada sifat munafik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

التضلع من ماء زمزم براءة من النفاق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Banyak minum air zam-zam adalah pembebasan daripada sifat munafik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 738, hadis nombor 3772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((التضلع من ماء زمزم براءة من النفاق)). [الأزرقي في ((أخبار مكة))، ((الضعيفة)) (2682)]

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Banyak minum air zam-zam adalah pembebasan daripada sifat munafik.
[Riwayat al-Azraqi dalam Akhbar Mekah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2682]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.