Allah SWT menurunkan ke bumi 5 buah sungai dari syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

‌‌أنزل الله من الجنة إلى الأرض خمسة أنهار: سيحون وهو نهر الهند، وجيحون وهو نهر بلخ، ودجلة والفرات وهما نهرا العراق، والنيل وهو نهر مصر، أنزلها الله من عين واحدة من عيون الجنة، من أسفل درجة من درجاتها، على جناحي جبريل، فاستودعها الجبال، وأجراها الأرض، وجعل فيها منافع للناس في أصناف معايشهم، فذلك قوله تعالى: {وأنزلنا من السماء ماء بقدر فأسكناه في الأرض}، فإذا كان عند خروج يأجوج ومأجوج أرسل الله تعالى جبريل فرفع من الأرض القرآن، والعلم كله، والحجر من ركن البيت، ومقام إبراهيم، وتابوت موسى بما فيه، وهذه الأنهار الخمسة، فيرفع كل ذلك إلى السماء فذلك قوله تعالى: {وإنا على ذهاب به لقادرون} ، فإذا رفعت هذه الأشياء من الأرض فقد أهلها خير الدين وخير الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT menurunkan ke bumi 5 buah sungai dari syurga: Saihun iaitu sungai India, Jaihun iaitu sungai di Balkh (satu negeri di Afghanistan), Dajlah dan Furat iaitu dua sungai di Iraq, Nil iaitu sungai di Mesir; Allah menurunkannya daripada mata air yang satu daripada seluruh mata air syurga, daripada lapisan yang paling bawah, di atas dua sayap Jibril, bukit menyimpannya dan bumi mengalirkannya, dan dijadikan padanya pelbagai manfaat untuk manusia dalam pelbagai urusan hidup mereka. Sebagaimana Allah berfirman: {Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi}. Menjelang kemunculan Yakjuj dan Makjuj, Allah SWT menghantar Jibril lalu dia mengangkat al-Quran dari bumi, ilmu seluruhnya, Hajarul Aswad dari rukun Kaabah, Maqam Ibrahim, peti Musa dan isinya, serta lima sungai ini; lalu diangkat semuanya ke langit. Maka, Allah berfirman: {Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya}. Apabila diangkat kesemua perkara ini dari bumi maka penduduk bumi akan kehilangan sebaik-baik agama dan juga sebaik-baik (nikmat) dunia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 738, hadis nombor 3771. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‌‌موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((أنزل الله من الجنة إلى الأرض خمسة أنهار: سيحون وهو نهر الهند، وجيحون وهو نهر بلخ، ودجلة والفرات وهما نهرا العراق، والنيل وهو نهر مصر، أنزلها الله من عين واحدة من عيون الجنة، من أسفل درجة من درجاتها، على جناحي جبريل، فاستودعها الجبال، وأجراها الأرض، وجعل فيها منافع للناس في أصناف معايشهم، فذلك قوله تعالى: {وأنزلنا من السماء ماء بقدر فأسكناه في الأرض}، فإذا كان عند خروج يأجوج ومأجوج أرسل الله تعالى جبريل فرفع من الأرض القرآن، والعلم كله، والحجر من ركن البيت، ومقام إبراهيم، وتابوت موسى بما فيه، وهذه الأنهار الخمسة، فيرفع كل ذلك إلى السماء فذلك قوله تعالى: {وإنا على ذهاب به لقادرون} ، فإذا رفعت هذه الأشياء من الأرض فقد أهلها خير الدين وخير الدنيا)). [عد، خط، ((الضعيفة)) (2686)]

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah SWT menurunkan ke bumi 5 buah sungai dari syurga: Saihun iaitu sungai India, Jaihun iaitu sungai di Balkh (satu negeri di Afghanistan), Dajlah dan Furat iaitu dua sungai di Iraq, Nil iaitu sungai di Mesir; Allah menurunkannya daripada mata air yang satu daripada seluruh mata air syurga, daripada lapisan yang paling bawah, di atas dua sayap Jibril, bukit menyimpannya dan bumi mengalirkannya, dan dijadikan padanya pelbagai manfaat untuk manusia dalam pelbagai urusan hidup mereka. Sebagaimana Allah berfirman: {Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi}. Menjelang kemunculan Yakjuj dan Makjuj, Allah SWT menghantar Jibril lalu dia mengangkat al-Quran dari bumi, ilmu seluruhnya, Hajarul Aswad dari rukun Kaabah, Maqam Ibrahim, peti Musa dan isinya, serta lima sungai ini; lalu diangkat semuanya ke langit. Maka, Allah berfirman: {Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya}. Apabila diangkat kesemua perkara ini dari bumi maka penduduk bumi akan kehilangan sebaik-baik agama dan juga sebaik-baik (nikmat) dunia.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Duafa’ dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2686]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.