Bani al-Azd merupakan singa Allah di bumi

TEKS BAHASA ARAB

الأزد أسد الله في الأرض، يريد الناس أن يضعوهم، ويأبى الله إلا أن يرفعهم، وليأتين على الناس زمان يقول الرجل: يا ليت كان أبي أزديا، يا ليت أمي كانت أزدية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bani al-Azd merupakan singa Allah di bumi. Manusia ingin menjatuhkan nama mereka, Allah tidak mahu melainkan meninggikan mereka. Sesungguhnya akan tiba satu zaman yang mana seseorang itu berkata: Alangkah indahnya jika ayah aku dari bani al-Azd dan ibuku dari bani al-Azd.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1806, hadis nombor 9109. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الأزد أسد الله في الأرض، يريد الناس أن يضعوهم، ويأبى الله إلا أن يرفعهم، وليأتين على الناس زمان يقول الرجل: يا ليت كان أبي أزديا، يا ليت أمي كانت أزدية)). [ت، ابن جميع في ((المعجم الشيوخ))، الضياء، ابن عساكر، عبدالرحمن بن محمد بن ياسر في ((حديث أبي القاسم علي بن يعقوب))، ((الضعيفة)) (2467)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Bani al-Azd merupakan singa Allah di bumi. Manusia ingin menjatuhkan nama mereka, Allah tidak mahu melainkan meninggikan mereka. Sesungguhnya akan tiba satu zaman yang mana seseorang itu berkata: Alangkah indahnya jika ayah aku dari bani al-Azd dan ibuku dari bani al-Azd." [Riwayat al-Tirmizi, Ibn Jami’ dalam Mu’jam al-Syuyukh, al-Dhiya’, Ibn ‘Asakir dan Abdul Rahman bin Muhammad bin Yasir dalam Hadis Abu al-Qasim Ali bin Ya’kub. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2467]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs