TEKS BAHASA ARAB
احذروا صفر الوجوه، فإنه إن لم يكن من علة أو سهر، فإنه من غل في قلوبهم للمسلمين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hati-hatilah dengan muka yang pudar (pucat). Sesungguhnya jika ia bukan disebabkan penyakit atau sakit, sesungguhnya ia adalah kerana dengki (dendam) yang ada dalam hati mereka terhadap orang-orang Islam.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1807, hadis nombor 9110. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((احذروا صفر الوجوه، فإنه إن لم يكن من علة أو سهر، فإنه من غل في قلوبهم للمسلمين)). [فر، ((الضعيفة)) (2067)]
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Hati-hatilah dengan muka yang pudar (pucat). Sesungguhnya jika ia bukan disebabkan penyakit atau sakit, sesungguhnya ia adalah kerana dengki (dendam) yang ada dalam hati mereka terhadap orang-orang Islam." [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2067]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.