Bahawasanya dia menyaksikan Nabi SAW menghadiri majlis perkahwinan seorang lelaki dalam kalangan sahabatnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنه شهد صلى الله عليه وسلم إملاك رجل من أصحابه وضرب بالدف ونثر عليه أطباق عليها فاكهة وسكر ثم ذكر نحو الأول


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bahawasanya dia menyaksikan Nabi SAW menghadiri majlis perkahwinan seorang lelaki dalam kalangan sahabatnya, dipukul gendang dan ditaburkan ke atasnya mangkuk2 berisi buah-buahan dan manisan buah kemudian menyebutkan seperti hadith di atas.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 124, hadis nombor 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الطبراني عن معاذ مرفوعا وفي إسناده: مجهولان.
ورواه أبو نعيم من حديث أنس بنحوه وفي إسناده: خالد بن إسماعيل الأنصاري يضع الحديث.
وقال الذهبي في الميزان بعد إيراد هذا الحديث: "هكذا فليكن الكذب.

Al-Tabarani meriwayatkan daripada Muaz secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) sedangkan pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang tidak dikenali.
Abu Nuaim meriwayatkan daripada hadith Anas seperti hadith di atas dan pada sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Ismail al-Ansari pereka hadith palsu.
Al-Zahabi berkata dalam kitab al-Mizan selepas membawakan hadith ini: Demikianlah terjadinya pembohongan itu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs