Sesiapa yang mati dalam keadaan ini, iaitu sesiapa yang mengerjakan haji, atau umrah tidak akan dibicarakan dosa (aibnya) juga tidak akan dihisab

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من مات في هذا الوجه، من حاج أو معتمر لم يعرض ولم يحاسب، وقيل له: ادخل الجنة


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mati dalam keadaan ini, iaitu sesiapa yang mengerjakan haji, atau umrah tidak akan dibicarakan dosa (aibnya) juga tidak akan dihisab (di akhirat), dikatakan kepadanya Masuklah syurga.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 110-111, hadis nombor 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب عن عائشة مرفوعا. قال الصغاني: موضوع، وفي إسناده: عائذ المكتب، وفيه ضعف.
قال في اللآليء: أخرجه أبو يعلى، والعقيلي، وابن عدي، وأبو نعيم في الحلية، والبيهقي في الشعب، من طريق عائذ المذكور.
ونقل العقيلي عن ابن معين أنه قال: عائذ بن نسير ليس به بأس .
وروى نحوه لابن عدي من حديث جابر بإسناد فيه إسحاق بن بشر الكاهلي قيل: هو كذاب ولكنه رواه الحارث في مسنده من غير طريقه ورواه ابن منده في أخبار أصفهان من حديث ابن عمر وكذا رواه أبو الشيخ من حديثه والبخاري في تاريخه

Al-Khatib meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu'(disandarkan kepada Nabi). Al-Saghani berkata: Hadith ini palsu, pada sanadnya terdapat perawi bernama ‘A’iz al-Muktib padanya kedaifan.
al-‘Uqaili menukilkan daripada Ibn Ma’in beliau berkata: ‘Aiz bin Nusair dihukumkan sebagai laysa bihi ba’sum, Ibn ‘Adi turut meriwayatkan sepertinya daripada hadith Jabir dengan sanad padanya ada terdapat Ishaq bin Bisyr al-Kahili dikatakan beliau seorang perawi pendusta. al-Harith meriwayatkan di dalam Musnadnya melalui jalan lain. Ibn Mandah meriwayatkan di dalam kitabnya Akhbar Asfahan melalui hadith Ibn Umar. Abu al-Syeikh juga turut meriwayatkan daripada hadith Ibn Umar demikian juga al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Tarikhnya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs