Bahawa Ali semasa perang Khaibar mengangkat tangannya supaya tentera dapat lalu di atasnya

TEKS BAHASA ARAB

أن عليا في خيبر نصب يده ليمر عليها الجيش، فوطئته البغلة، فقال لها: قطع الله نسلك. فانقطع نسلها بدعائه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Ali semasa perang Khaibar mengangkat tangannya supaya tentera dapat lalu di atasnya. Kemudian seekor baghal betina memijak tangannya, lalu dia (Ali) berkata kepadanya: (Semoga) Allah memutuskan keturunanmu. Maka terputuslah keturunannya dengan doa dia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 84, hadis nombor 30. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وهذا نظير كذبهم بأن عليا في خيبر نصب يده ليمر عليها الجيش، فوطئته البغلة، فقال لها: قطع الله نسلك. فانقطع نسلها بدعائه. قال: ولم يعلم في الإسلام أن أهل البيت سبي منهم أحد، مع العلم بأنهم من أهل البيت، ولم يعلم أن المسلمين كانوا يدخلون نساء أهل الحرب مجردات فضلا عن أهل البيت.

Ini seumpama pendustaan mereka (Syiah) bahawa Ali semasa perang Khaibar mengangkat tangannya supaya tentera dapat lalu di atasnya. Kemudian seekor baghal betina memijak tangannya, lalu dia (Ali) berkata kepadanya: (Semoga) Allah memutuskan keturunanmu. Maka terputuslah keturunannya dengan doa dia.
Dia berkata: Tidak diketahui dalam Islam bahawa seseorang dalam kalangan Ahl al-Bait (keluarga Nabi SAW) dijadikan tawanan dalam keadaan diketahui bahawa sesungguhnya mereka itu Ahl al-Bait. Juga tidak diketahui daripada golongan Muslim bahawa mereka mendatangi perempuan musuh (kafir harbi) apatah lagi Ahl al-Bait.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.