TEKS BAHASA ARAB
سبي يزيد لأهل البيت، وإركابهم على الإبل عرايا حتى نبت لها سنامان، وهي البخاتي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Yazid menjadikan Ahl al-Bait (keluarga Nabi SAW) sebagai tawanan perang, dan dia menunggangkan mereka ke atas unta dalam keadaan telanjang sehingga ia tumbuh dua bonggol, itulah unta bukhti (spesies unta).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 84, hadis nombor 29. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومن الموضوعات ما يذكر من سبي يزيد لأهل البيت، وإركابهم على الإبل عرايا حتى نبت لها سنامان، وهي البخاتي.
قال ابن تيمية: وهذا من أقبح الكذب، فإن كل عاقل يعلم أن الإبل البخاتي كانت مخلوقة موجودة قبل أن يبعث الله محمدا وقبل وجود أهل بيته، كوجود غيرها من الإبل والخيل والبغال.
Antara hadis-hadis palsu ialah apa yang menyebutkan bahawa Yazid menjadikan Ahl al-Bait (keluarga Nabi SAW) sebagai tawanan perang, dan dia menunggangkan mereka ke atas unta dalam keadaan telanjang sehingga ia tumbuh dua bonggol, itulah unta bukhti (spesies unta).
Ibn Taimiyyah telah berkata: Ini adalah antara dusta yang paling buruk. Kerana sesungguhnya setiap yang berakal tahu bahawa unta bukhti adalah makhluk yang wujud sebelum Allah mengutuskan Muhammad dan sebelum wujud Ahl al-Bait baginda, sepertimana telah wujud selainnya seperti unta, kuda, dan juga baghal.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.