TEKS BAHASA ARAB
لسان أهل الجنة العربية والفارسية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab dan juga bahasa Parsi.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومن هذا القبيل الأحاديث الموضوعة في مناقب البلدان وذمها، والأحاديث الموضوعة في فضل اللسان الفارسية وذمها كحديث لسان أهل الجنة العربية والفارسية الدرية.
Termasuk juga hadis-hadis berkenaan kelebihan sesuatu negeri dan juga hadis-hadis yang mencela negeri tertentu. Begitu juga hadis-hadis palsu berkenaan kelebihan bahasa farsi dan celaan terhadap bahasa tersebut. Seperti hadis:
لسان أهل الجنة العربية والفارسية الدرية
Maksudnya : “Bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab dan juga bahasa Parsi.”
RUJUKAN
Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.