TEKS BAHASA ARAB
خرج يوم فطرٍ أو أضحى، فخطب قائماً، ثم قعد قعدةً، ثم قام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda telah keluar pada hari raya aidilfitri atau aidiladha lalu baginda berkhutbah secara berdiri kemudian baginda duduk sejenak, kemudian baginda bangun.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 321, hadis nombor 1691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Jabir RA ini yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جابر –رضي الله عنه-، مرفوعاً: ((خرج يوم فطرٍ أو أضحى، فخطب قائماً، ثم قعد قعدةً، ثم قام)).
[ ه، ((الضعيفة)) (5789) ].
(Munkar) Dari Jabir RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda telah keluar pada hari raya aidilfitri atau aidiladha lalu baginda berkhutbah secara berdiri kemudian baginda duduk sejenak, kemudian baginda bangun.
[Diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Kitab Sunan-nya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5789].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.