Baginda SAW selalunya apabila angin bertiup kencang, Baginda berpaling menghadap ke arahnya

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا هاجت ريح استقبلها بوجهه، وجثا على ركبتيه، ومد بيديه، وقال: اللهم! إني أسألك من خير هذه الريح وخير ما أرسلت به، وأعوذ بك من شرها وشر ما أرسلت به، اللهم! اجعلها رحمة، ولا تجعلها عذابا، اللهم! اجعلها رياحا، ولا تجعلها ريحا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW selalunya apabila angin bertiup kencang, Baginda berpaling menghadap ke arahnya, Baginda berlutut atas kedua lutut Baginda sambil menghulurkan kedua tangan Baginda (untuk berdoa): Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaMu terhadap kebaikan angin ini dan kebaikan pada apa yang Engkau hantarkan bersamanya. Aku juga berlindung kepadaMu daripada keburukannya dan keburukan apa yang Engkau hantarkan bersamanya. Ya Allah! Jadikanlah ia sebagai rahmat dan janganlah jadikan ia sebagai azab. Ya Allah! Jadikanlah ia sebagai angin yang baik dan jangan jadikan ia sebagai angin yang buruk.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1481, hadis nombor 7557. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – إذا هاجت ريح استقبلها بوجهه، وجثا على ركبتيه، ومد بيديه، وقال: ((اللهم! إني أسألك من خير هذه الريح وخير ما أرسلت به، وأعوذ بك من شرها وشر ما أرسلت به، اللهم! اجعلها رحمة، ولا تجعلها عذابا، اللهم! اجعلها رياحا، ولا تجعلها ريحا)). [طب، ((الضعيفة)) (4217)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Baginda SAW selalunya apabila angin bertiup kencang, Baginda berpaling menghadap ke arahnya, Baginda berlutut atas kedua lutut Baginda sambil menghulurkan kedua tangan Baginda (untuk berdoa): Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaMu terhadap kebaikan angin ini dan kebaikan pada apa yang Engkau hantarkan bersamanya. Aku juga berlindung kepadaMu daripada keburukannya dan keburukan apa yang Engkau hantarkan bersamanya. Ya Allah! Jadikanlah ia sebagai rahmat dan janganlah jadikan ia sebagai azab. Ya Allah! Jadikanlah ia sebagai angin yang baik dan jangan jadikan ia sebagai angin yang buruk.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 4217]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs