Doa yang paling banyak diucapkan oleh Baginda SAW pada hari Arafah

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – أكثر دعائه يوم عرفة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Doa yang paling banyak diucapkan oleh Baginda SAW pada hari Arafah adalah: Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah satu-satuNya, tidak ada sekutu bagiNya, milikNyalah segala kerajaan dan segala pujian, ditanganNyalah segala kebaikan dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1481, hadis nombor 7558. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – أكثر دعائه يوم عرفة: ((لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير)). [حم، حل، ابن عساكر في ((حديث عبد الخلاق الهروي وغيره))، ((الضعيفة)) (4221)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA, katanya: Doa yang paling banyak diucapkan oleh Baginda SAW pada hari Arafah adalah: Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah satu-satuNya, tidak ada sekutu bagiNya, milikNyalah segala kerajaan dan segala pujian, ditanganNyalah segala kebaikan dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, Abu Nu'aym dalam al-Hilyah dan Ibn 'Asakir dalam ((Hadith 'Abd al-Khalaiq al-Harawi Wa Ghairih)). Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4221]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs