Baginda pernah memiliki bekas kaca, justeru baginda pernah minum dengannya

TEKS BAHASA ARAB

كان له قدح زجاج، فكان يشرب فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda pernah memiliki bekas kaca, justeru baginda pernah minum dengannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 407, hadis nombor 2187. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعاً: «كان له قدح زجاج، فكان يشرب فيه». [هـ، ابن سعد، أبو بكر الشافعي في «الفوائد»، «الضعيفة» (4228)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda pernah memiliki bekas kaca, justeru baginda pernah minum dengannya". [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Sa’d dan Abu Bakr al-Shafi’i dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4228].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs