Baginda tidak makan bawang putih, daun bawang ataupun bawang besar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان لا يأكل الثوم، ولا الكراث، ولا البصل؛ من أجل أن الملائكة تأتيه، ولأنه يكلم جبريل، عليهما السلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda tidak makan bawang putih, daun bawang ataupun bawang besar, itu kerana para malaikat (sering) datang kepada baginda. Begitu juga kerana baginda (sering) berbicara dengan Jibril, sejahtera buat mereka berdua.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 407, hadis nombor 2188. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعاً: «كان لا يأكل الثوم، ولا الكراث، ولا البصل؛ من أجل أن الملائكة تأتيه، ولأنه يكلم جبريل، عليهما السلام». [حل، خط، «الضعيفة» (4230)].

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda tidak makan bawang putih, daun bawang ataupun bawang besar, itu kerana para malaikat (sering) datang kepada baginda. Begitu juga kerana baginda (sering) berbicara dengan Jibril, sejahtera buat mereka berdua". [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’ dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4230].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.