TEKS BAHASA ARAB
عن ابن عمر: كان إذا صلى على الجنازة رفع يديه في كل تكبيرة، وإذا انصرف سلم
TEKS BAHASA MALAYSIA
Daripada Ibn Umar bahawa sesungguhnya jika Nabi SAW mendirikan solat untuk jenazah, Baginda akan mengangkat tangan pada setiap kali takbir dan jika selesai, baginda akan memberi salam.
STATUS
Syaz secara marfu’. Ia sahih secara mauquf
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1723, hadis nombor 8667. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن ابن عمر: كان إذا صلى على الجنازة رفع يديه في كل تكبيرة، وإذا انصرف سلم. [أخرجه الدارقطني في ((العلل))، ((الضعيفة)) (1045)].
(Syaz)
Daripada Ibn Umar bahawa sesungguhnya jika Nabi SAW mendirikan solat untuk jenazah, Baginda akan mengangkat tangan pada setiap kali takbir dan jika selesai, baginda akan memberi salam.
[Riwayat Dikeluarkan oleh al-Daraqutni dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1045].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.