TEKS BAHASA ARAB
إذا صلَّيتم على جنازة؛ فاقرأوا بفاتحة الكتاب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu mendirikan solat jenazah, maka bacalah surah al-Fatihah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1768, hadis nombor 8901. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أسماء بنت يزيد -رضي الله عنها- قالت: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إذا صلَّيتم على جنازة؛ فاقرأوا بفاتحة الكتاب.)) [طب، ((الضعيفة)) (6992)].
(Lemah)
Daripada Asma’ binti Yazid RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Jika kamu mendirikan solat jenazah, maka bacalah surah al-Fatihah)).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Daifah 6992].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.