Bacalah al-Quran dengan lengguk Arab dan suara-suaranya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اقرءوا القرآن بلحون العرب وأصواتها وإياكم ولحون أهل الكتاب وأهل الفسق فإنه سيجيء من بعدي قوم يرجعون بالقرآن ترجيع الرهبانية، والنوح والغناء لا يجاوز حناجرهم، مفتونة قلوبهم، وقلوب الذين يعجبهم شأنهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bacalah al-Quran dengan lengguk Arab dan suara-suaranya. Waspadalah kamu daripada lengguk Ahli Kitab dan orang yang fasik. Sesungguhnya, setelah kewafatanku, akan datang satu kaum yang akan mengalunkan al-Quran seperti alunan paderi, alunan ratapan dan nyanyian. Al-Quran tidak melepasi kerongkong-kerongkong mereka, hati-hati mereka tertimpa fitnah dan juga hati orang-orang yang kagum terhadap mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 19, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه الطبراني في الأوسط كما في المجمع (7/ 169) وابن عدي في الكامل (2/ 510-511) والجوزقاني في الأباطيل (723) وابن الجوزي في الواهيات (1/ 118) من طريق بقية بن الوليد عن الحصين بن مالك الفزاري عن أبي محمد عن حذيفة مرفوعاً فذكره. وعزاه التبريزي في المشكاة (1/ 676) للبيهقي في شعب الإيمان ولرزين في كتابه. وعزاه القرطبي في تفسيره (1/ 17) للحكيم في نوادر الأصول ووقع عنده : وأهل العشق بدل الفسق.
قلت: وإسناده تالف، مسلسل بالعلل:
الأولى: تدليس بقية، فقد كان يدلس التسوية، فتحتاج منه أن يصرح لنا بالتحديث في كل طبقلت السند، وكنت ذهلت عن هذا قديماً، فكنت أجعل عنعنته كعنعنة الأعمش ونحوه ممن يدلسون تدليس الإسناد. وقال لي شيخنا حافظ الوقت ناصر الدين الألباني حفظه الله تعالى، وأمتع المسلمين بطول حياته: إنه يقع لي تدليس بقية هو من التدليس المعتاد. أ. هـ‍. لكن ثبت أن بقية بن الوليد يدلس التسوية، فذكر ابن أبي حاتم في العلل (1957) من طريق إسحاق بن راهويه عن بقية قالَ: حدثني أبو وهب الأسدي، قالَ: حدثنا نافع، عن ابن عمر قالَ: لا تحمدوا إسلام امرئ، حتى تعرفوا عقدة رأيه. وقال أَبي: هذا الحديث لهُ علة قل من يفهمها. روى هذا الحديث عبيد الله ابن عمرو، عن إسحاق بن أبي فروة، عن نافع، عن ابن عمر، عن النبي صلى الله عليهِ وعلى آله وسلم. وعبيد الله بن عمرو، وكنيته أبو وهب، وهوَ أسدي. فكأن بقية بن الوليد كنى عبيد الله بن عمرو ونسبه إلى بني أسد لكيلا يتفطن بهِ، حتى إذا ترك إسحاق بن أبي فروة من الوسط لا يهتدى لهُ. وكانَ بقية من أفعل الناس لهذا، وأما ما قالَ إسحاق في روايته عن بقية، عن أبي وهب: حدثنا نافع فهوَ وهوَ…إلخ.
قلت: فقول أبي حاتم: حتى ترك إسحاق من الوسط لا يهتدي إليه هذه هي صورة تدليس التسوية، ثم وصفه بأنه كان: من أفعل الناس ويرى ابن حبان في المجروحين أن بقية ابتُليَ بتلاميذ سوء كانوا يسوون حديثه وهذا لا يمنع أنه كان يفعله. وهذا يعني أنه صار معروفاً به ولا يغنى في دفع هذا التدليس ما قاله ابن عدي: سمعت الحسين يعني ابن عبد الله العطار يقول: سمعت محمد بن عوف وقع في الكامل : عون وهو خطأ. والنسخة المطبوعة من الكامل سيئة للغاية، لكثرة التصحيف فيها. فالله المستعان يقول: روى هذا الحديث شعبة، عن بقية. أ. هـ‍. فيفهم من سوق ابن عدي لهذه المقالة أن شعبة كان يشدد النكير على المدلسين، ويتحرى منهم السماع فهذا يرجح أنه لم يأخذ من بقية إلا ما علم أنه سمعه. والجواب عن ذلك أن يقال: إننا لا ندري من شيخ بقية الواقع في طريق شعبة، فلعل بقية دلس اسم شيخه، وصرح عنه بالتحديث، فقنع شعبة منه بذلك. هذا أولاً.
ثانيا: يحتمل أن شعبة لم يكن يعلم بتدليس أصلاً، ويؤيده أنهم لم ينقلوا عن شعبة أنه أنكر على بقية تدليسه ولو علم لما ترك النكير أبداً.
ثالثاً: قد صح عن شعبة أنه قال: كفيتكم تدليس ثلاثة: الأعمش، وقتادة، وأبي إسحاق السبيعي رواه البيهقي في المعرفة. وليس بقية من أولئك ثم رأيت الحافظ في التلخيص (2/ 40) اتهم بقية بتدليس التسوية وأقره الشيخ الألباني كما في الإرواء (3/ 89) والله أعلم.
العلة الثانية: شيخ بقية حصين بن مالك. قال الجوزقاني: مجهول وقال الذهبي: ليس بمعتمد.
العلة الثالثة: الراوي عن حذيفة. وهو: أبو محمد مجهول أيضاً كما قال وابن الحوزي وكذا الهيثمي لكنه قال في المجمع (7/ 169) : فيه راو لم يسم ووقع في الميزان : حصين بن مالك، عن رجل، عن حذيفة فلعل الذهبي أخذ الإسناد من المعجم الأوسط للطبراني. والله أعلم وقال الجوزقاني: هذا حديث باطل وأبو محمد شيخ مجهول وحصين أيضاً مجهول وبقية بن الوليد ضعيف. قلت: أما أن بقية ضعيف فلا إنما ضعفه من روايته لا من نفسه. والله أعلم. وقال ابن الجوزي: هذا حديث لا يصح، وأبو محمد مجهول، وبقية يروي الضعفاء ويدلسهم. أ. هـ‍. وقال الذهبي: الخبر منكر.
أما القراءة بالألحان فقد اختلف فيها العلماء. والأكثرون على المنع فقد حكى ابن أبي حاتم عن أبيه أن السماع يكره ممن يقرأ بالألحان، ونص مالك في المدونة على أن القراءة في الصلاة بالألحان الموضوعة والترجيع ترد به الشهادة، حكاه السخاوي في فتح المغيث (1/ 281) . وقال الحافظ في الفتح (9/ 72) : وحكى عبد الوهاب المالكي عن مالك تحريم القراءة بالألحان وحكاه أبو الطيب الطبري والماوردي. وابن حمدان الحنبلي وجماعة من أهل العلم وحكى ابن بطال وعياض والقرطبي من المالكية والماوردي والبندنيجي والغزالي من الشافعية وصاحب الذخيرة من الحنفية الكراهة. واختاره أبو بعلي وابن عقيل من الحنابلة، وحكى ابن بطال عن جماعة من الصحابة والتابعين والجواز ومحل هذا الخلاف إذا لم يختل شيء من الحروف عن مخرجه فلو تغير قال النووي في التبيان : أجمعوا على تحريمه. أ هـ‍. وقال السخاوي في فتح المغيث (1/ 281) : والحق في هذه المسألة أنه إن خرج بالتلحين لفظ القرآن عن صيغته بإدخال حركات فيه، أو إخراج حركات منه أو قصر ممدود أو مد مقصور أو تمطيط يخفى به اللفظ ويلتبس به المعنى فالقارئ فاسق والمستمع آثم وان لم يخرجه اللحن عن لفظه وقراءته على ترتيله فلا كراهة لأنه بألحانه في تحسينه أ. هـ‍.
قلت: وقد تبغ بعض أهل الأهواء من قرأة زماننا فزعموا أن المراد بالألحان هو أن يقرأ القرآن مع لحن الموسيقى وصار يطالب بحق الأداء العلني فيه أسوة بالمغنين والمغنيات فلا حول ولا قوة إلا بالله وهذا الذي ذهب إليه هذا القارئ لم يقل به أحداً أصلا. بل اللحن المقصود هو تحسين الصوت بالقرآن وتحزينه، لا ما تعارف عليه الناس في هذه الأزمنة المتأخرة من أن التلحين إنما يكون بالموسيقى وإذا كان العلماء يحرمون أو يكرهون أن يمطط القارئ في قراءته، وأن يزيد في تحسين صوته عن طريق الإغراق في التلحين الذي هو من كسب حنجرته، ويرد به مالك الشهادة بل يُفسق كما وقع كلام السخاوي، فكيف إذا سمعوا ذلكَ الذي يطالب بقراءة القرآن على لحن الموسيقى؟ ولا شك أنهم إما أن يُكفروه لأن الاستحلال ظاهر من قولُهُ ودعوته فإن لم يكن فأحسن أحواله أن يكون فاسقاً. وقدْ صح عن النبي صلى الله عليهِ وآله وسلم: أنه قالَ: بادروا بالأعمال خصالاً ستا فذكر منها: ونشوا يتخذون القرآن مزامير، يقدمون الرجل ليس بأفقههم ولا أعلمهم، ما يقدمونه إلا ليغنيهم. أخرجه أحمد (3/ 494) والطبراني في الأوسط (ج1/ رقم 689) وغيرهما، وانظر الصحيحة (979) لشيخنا الألباني حفظه الله تعالى.

Munkar. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat sebagaimana dalam al-Majma’ (7/169) , Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (2/510-511), al-Jawzuqani dalam al-Abatil (723), dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (1/118) melalui sanad Baqiyyah bin al-Walid daripada al-Husain bin Malik al-Fazari daripada Abi Muhammad daripada Huzaifah secara marfu’. Al-Tibrizi dalam al-Mishkah (1/676) telah menisbahkannya kepada al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan Razin dalam kitabnya. Manakala, al-Qurtubi dalam Tafsir beliau (1/17) telah menisbahkannya kepada al-Hakim dalam Nawadir al-Usul dan dalam riwayatnya terdapat (وأهل العشق) ganti kepada perkataan (الفسق). Saya berkata: sanadnya rosak (talif), terdapat ‘illah (kecacatan) yang berturut-turut:
Pertama: Tadlis Baqiyyah, beliau telah melakukan Tadlis al-Taswiyah. Pada setiap peringkat sanad, beliau perlu menyebutkan secara jelas lafaz tahdith (حدثني/حدثنا). Dulu saya pernah terlupa tentang perkara ini. Lalu saya menilai ‘an’anah (menggunakan lafaz عن) beliau sama seperti ‘an’anah al-A’mash dan perawi sepertinya yang melakukan tadlis sanad. Guru kami, hafiz zaman ini iaitu Nasir al-Din al-Albani telah berkata kepada saya semoga Allah mengurniakan nikmat kepada umat Islam melalui umur beliau yang panjang : "Saya menemui bahawa tadlis Baqiyyah dalam kategori tadlis biasa". Namun, sabit bahawa Baqiyyah bin al-Walid melakukan tadlis al-Taswiyah, Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal (1957) telah menyebutkan daripada sanad Ishaq bin Rahawaih daripada Baqiyyah, beliau berkata: Abu Wahb al-Asadi telah menceritakan kepadaku, katanya: Nafi’ telah menceritakan kepada kami daripada Ibn ‘Umar, kata beliau: "Janganlah kamu memuji Islam seseorang hinggalah kamu mengetahui simpulan pendiriannya".
Ayahku (Abu Hatim) pun berkata: Hadith ini ada ‘illah, tidak ramai yang mengetahuinya! ‘Ubaidullah Ibn ‘Amr telah meriwayatkan hadith ini daripada Ishaq bin Abi Farwah daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar daripada Nabi SAW. ‘Ubaidullah bin ‘Amr gelaran beliau adalah Abu Wahb, beliau seorang (yang berketurunan) Asadi. Baqiyyah menyebutkan ‘Ubaidullah dengan kunyahnya dan menisbahkannya kepada Bani Asad supaya kedudukannya tidak diketahui, hingga apabila dia menggugurkan Ishaq bin Abi Farwah dipertengahan, ianya tidak akan dapat dikesan. Beliau adalah orang yang paling kerap melakukan perkara ini. Adapun, apa yang dikatakan oleh Ishaq bin Rahawaih dalam riwayat beliau daripada Baqiyyah daripada Abi Wahb: "Nafi’ telah menceritakan kepada kami", ianya suatu kekeliruan…". Saya berkata: Kata-kata Abu Hatim: "…hingga apabila dia menggugurkan Ishaq dipertengahan, ianya tidak akan dapat dikesan", ini merupakan bentuk tadlis al-Taswiyah. Kemudian Abu Hatim menyifatkan beliau sebagai "orang yang paling kerap melakukan perkara ini". Ibn Hibban meriwayatkan dalam al-Majruhin bahawa Baqiyyah telah diuji oleh murid-muridnya dengan sesuatu yang tidak elok, mereka telah merosakkan hadithnya. Namun, ini tidaklah menjadi penghalang bahawa beliau ada melakukannya]. Ini bermaksud beliau terkenal melakukannya. Tidak memadai untuk menolak tadlis ini berdasarkan apa yang disebutkan oleh Ibn ‘Adi: "Saya telah mendengar al-Husain iaitu Ibn Abd Allah al-‘Attar berkata: Saya telah mendengar Muhammad bin ‘Awf Tertulis dalam al-Kamil: "’Awn", ianya satu kesilapan. Naskhah bercetak bagi al-Kamil sangat teruk, kerana terdapat banyak kesilapan ejaan di dalamnya. Fallahulmusta’an beliau berkata: Syu’bah telah meriwayatkan hadith ini daripada Baqiyyah". Adalah difahami melalui pernyataan yang dibawakan oleh Ibn ‘Adi bahawa Syu’bah merupakan seorang yang sangat ketat terhadap perawi-perawi Mudallis dan berhati-hati dalam mendengar hadith daripada mereka, ini dapat disimpulkan bahawa Syu’bah tidak mengambil hadith daripada Baqiyyah kecuali yang beliau ketahui bahawa Baqiyyah mendengarnya. Jawapan untuk kesimpulan tersebut boleh dijawab bahawa kita tidak tahu siapakah guru kepada Baqiyyah yang terdapat pada sanad Syu’bah. Boleh jadi Baqiyyah telah menyembunyikan nama gurunya dan menyebutkan dengan jelas lafaz tahdith, lalu Syu’bah pun menerimanya disebabkan itu. Ini yang pertama. Kedua: Boleh jadi Syu’bah sememangnya tidak mengetahui langsung bahawa Baqiyyah seorang yang melakukan tadlis. Buktinya, mereka tidak ada yang menukilkan daripada Syu’bah bahawa beliau mengingkari Baqiyyah kerana tadlisnya, kalaulah beliau tahu, tentulah beliau tidak akan berdiam diri. Ketiga: Sahih daripada Syu’bah bahawa beliau pernah berkata: "Aku telah cukupkan kamu dengan tadlis tiga orang perawi, iaitu al-A’mash, Qatadah dan Abu Ishaq al-Sabi’ie". Al-Baihaqi telah meriwayatkannya dalam al-Ma’rifah. Baqiyyah tidak termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian, saya melihat al-Hafiz dalam al-Talkhis (2/40) telah mentohmah Baqiyyah melakukan tadlis al-Taswiyah. Ianya juga diakui oleh al-Syeikh al-Albani sebagaimana dalam al-Irwa’ (3/89). Wallahua’lam.‘Illah kedua: Guru kepada Baqiyyah, iaitu Husain bin Malik. Al-Jawzaqani berkata: "Majhul" (TIdak dikenali) dan al-Zahabi pula berkata: "Tidak boleh dipegang". ‘Illah ketiga: Perawi yang meriwayatkan daripada Huzaifah, iaitu Abu Muhammad juga seorang yang Majhul sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-Jawzaqani dan Ibn al-Jawzi. Begitu juga al-Haythami, namun dalam al-Majma’ (7/169) beliau berkata: "Dalam sanadnya ada seorang perawi yang tidak disebutkan nama". Tercatat dalam al-Mizan: "Husain bin Malik daripada seorang lelaki daripada Huzaifah". Boleh jadi al-Zahabi telah mengambil sanad tersebut daripada al-Mu’jam al-Awsat oleh al-Tabarani. Wallahua’lam. Al-Jawzaqani berkata: "Ini adalah hadith yang Batil (karut). Abu Muhammad merupakan seorang sheikh yang Majhul. Husain bin Malik juga seorang yang Majhul. Manakala, Baqiyyah bin al-Walid pula seorang yang dha’if”. Saya berkata: "Adapun berkenaan Baqiyyah seorang yang Dha’if, tidak begitu. Ulama menilai Dha’if melalui riwayat beliau, bukannya terhadap diri beliau”. Wallahua’lam. Ibn al-Jawzi berkata: "Ini adalah hadith yang tidak sahih. Abu Muhammad seorang yang Majhul, Baqiyyah pula meriwayatkan daripada perawi-perawi yang Dha’if dan beliau pun menyembunyikan mereka". Al-Zahabi berkata: "Khabar tersebut adalah Munkar".Berkenaan bacaan dengan lengguk-lengguk, ulama telah berbeza pandangan tentangnya. Majoriti ulama melarangnya. Ibn Abi Hatim telah menceritakan daripada ayahnya bahawa makruh mendengar hadith daripada orang yang membaca al-Quran dengan lengguk-lengguk. Malik dalam al-Mudawwanah menyebutkan dengan jelas bahawa membaca dengan lengguk-lengguk yang dibuat-buat dan mengalun-alunkan dalam solat menyebabkan tertolaknya penyaksian. Al-Sakhawi menceritakannya dalam Fath al-Mughith (1/281). al-Hafiz pula dalam al-Fath (9/72) menceritakan: "Abdul Wahhab al-Maliki telah menceritakan daripada Malik tentang pengharaman bacaan dengan lengguk-lengguk. Abu al-Tayyib al-Tabari, al-Mawardi dan Ibn Hamdan al-Hambali turut meriwayatkannya daripada sekelompok ahli ilmu. Ibn Battal, ‘Iyyad dan al-Qurtubi dalam kalangan mazhab al-Malikiyyah, juga al-Mawardi, al-Bandaniji dan al-Ghazzali dalam kalangan al-Shafi’ieyyah, serta penulis kitab al-Zakhirah dalam kalangan al-Hanafiyyah menukilkan kemakruhannya. Abu Ya’la dan Ibn ‘Aqil dalam kalangan al-Hanabilah memilih keharusannya, demikian juga yang telah dinukilkan oleh Ibn Battal daripada segolongan dalam kalangan sahabat dan tabi’in. Titik persamaan bagi perbezaan pendapat ini adalah sekiranya tiada kecacatan pada mana-mana huruf terhadap makhrajnya”. Sekiranya berlaku perubahan, al-Nawawi berkata dalam al-Tibyan: "Mereka ijmak akan keharamannya". Al-Sakhawi berkata dalam Fath al-Mughith (1/281): "Sebetulnya, bagi permasalahan ini adalah sekiranya dengan lenggukkan tersebut mengeluarkan lafaz al-Quran daripada sighah (bentuk lafaz)nya sama ada dengan menambahkan harakat-harakat ke dalamnya, atau mengeluarkan harakat-harakat daripadanya, atau memendekkan kalimah yang sepatutnya dibaca panjang, memanjangkan kalimah yang sepatutnya dibaca pendek.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.