Orang yang zalim tidak akan mendapat kejayaan

TEKS BAHASA ARAB

ما أفلح من ظلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang zalim tidak akan mendapat kejayaan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 79, hadis nombor 345. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

فِي مَعْنَاهُ قَوْلُهُ تَعَالَى: {إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ} [الْأَنْعَام: 21].

Semakna dengan firman Allah Ta’ala:
“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya”. [Surah al-An’am ayat 21].

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon