Orang yang mempunyai ramai anak

TEKS BAHASA ARAB

ما أفلح ذو عيال قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang mempunyai ramai anak tidak akan pernah berjaya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 79, hadis nombor 346. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال ابن عدي: إنه عن النبي – صلى الله عليه وسلم – منكر، إنما هو من كلام ابن عيينة.

Ibn ‘Adi berkata: “Ia diriwayatkan daripada Nabi SAW adalah munkar, ia hanyalah bersumberkan daripada ucapan Ibn ‘Uyainah”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs