TEKS BAHASA ARAB
من ابتلي ببليتين فليختر أسهلهما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang diuji dengan dua ujian , maka hendaklah dia pilih yang paling mudah.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 86, hadis nombor 394. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
لا يعرف، لكن يستأنس له بقول عائشة – رضي الله عنها -: “ما خير رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بين أمرين إلا اختار ايسرهما ما لم يكن إثما”.
Tidak diketahui, namun ia dikuatkan dengan kata-kata 'Aishah RA: “Tidaklah Rasulullah SAW diberikan pilihan antara dua perkara melainkan Baginda akan memilih yang paling ringan selagi bukan dosa”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.