Sesiapa yang menyakiti jirannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من آذى جاره أورثه الله داره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyakiti jirannya, Allah pasti mewariskan rumahnya kepada jirannya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 86, hadis nombor 393. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

أورده في (الكشاف) ولعله مثل، وليس بحديث، ومأخذه من القرآن: قوله تعالى: {وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِرُسُلِهِمْ لَنُخْرِجَنَّكُمْ مِنْ أَرْضِنَا..} الآية. والأخبار في الوصية بالجار معروفة.

Dibawakan dalam al-Kashshaf, boleh jadi ia sebuah perumpamaan dan ia bukanlah hadith. Sumber bagi ungkapan tersebut adalah daripada al-Qur'an, firman Allah Ta'ala:
“Dan berkatalah pula orang-orang yang kafir itu kepada rasul-rasul mereka: “Demi sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami atau kamu menjadi seagama dengan kami”. Lalu Tuhan wahyukan kepada rasul-rasulNya: “Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim” [Surah Ibrahim ayat 13]. Juga hadith-hadith berkenaan wasiat kepada jiran sebagaimana yang sudah diketahui.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon