Tidaklah seseorang hamba itu membelanjakan satu dirham untuk berzina melainkan akan hilang darinya 600 dirham

TEKS BAHASA ARAB

مَا أَنْفَقَ عَبْدٌ دِرْهَمًا فِي زنى إلا فقد ستمائة دِرْهَمٍ لا يَعْرِفُ لَهَا وَجْهًا.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang hamba itu membelanjakan satu dirham untuk berzina melainkan akan hilang darinya 600 dirham yang tidak diketahui punca kehilangannya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 204, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


في إسناده: كذاب.

Pada sanad hadith ini ada perawi kazzab (pembohong).


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs