TEKS BAHASA ARAB
إِنَّ عُمَرَ أَقَامَ الْحَدَّ عَلَى وَلَدٍ لَهُ يُكْنَى أَبَا شَحْمَةَ بَعْدَ مَوْتِهِ فِي قِصَّةٍ طَوِيلَةٍ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Umar telah menjalankan hukum hudud terhadap anaknya, yang mana setelah meninggal dunia dia diberikan kunyah Abu Syahmah, disebutkan pada kisah yang panjang.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 203, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع.
وقد روى أن عبد الرحمن الأوسط مِنْ أَولادِ عُمَرَ وَيُكَنَّى أَبَا شَحْمَةَ كَانَ غَازِيًا بِمِصْرَ فَشَرِبَ نَبِيذًا فَجَاءَ إِلَى عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ وَقَالَ: أَقِمْ عَلَيَّ الْحَدَّ فَامْتَنَعَ فَقَالَ: إِنِّي أُخْبِرُ أَبِي إِذَا قَدِمْتُ عَلَيْهِ فَضَرَبَهُ الْحَدَّ فِي دَارِهِ فَكَتَبَ إِلَيْهِ عُمَرُ يلومه فقال: ألا فعلت به مَا تَفْعَلُ بِالْمُسْلِمِينَ؟ فَلَمَّا قَدِمَ عَلَى عُمَرَ ضَرَبَهُ فَاتَّفَقَ أَنَّهُ مرض فمات.
Hadith ini palsu.
Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa Abdul Rahman al-Ausath merupakan salah seorang daripada anak Umar yang mana telah diberi kuniyah Abu Syahmah. Beliau berperang di Mesir dan telah meminum air Nabiz. Maka dia mendatangi Amr bin al-As dan berkata: Hukumlah aku dengan hukuman hudud maka dia (Amr bin al-As) pun enggan. Maka dia pun berkata: Sesungguhnya aku akan memberitahu ayahku apabila aku datang bertemunya supaya dia sendiri menjatuhkan hukuman hudud kepadaku di tempatnya. (Setelah Umar tahu) maka dia pun menulis surat kepada Amr dengan menyalahkan tindakannya itu. Katanya: Tidakkah engkau melakukan apa yang dilakukan oleh muslimin? Apabila dia (anak umar) pergi kepadanya maka Umar menyebatnya sehingga membawa kepada sakit yang berat lalu mati.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.