Janganlah kamu berzina, kerana ia menghilangkan kehendak pada isteri-isteri kamu

TEKS BAHASA ARAB

لا تزنوا فيذهب لَذَّةُ نِسَائِكُمْ وَعِفُّوا تَعِفَّ نِسَاؤُكُمْ إِنَّ بَنِي فُلانٍ زَنَوْا فَزَنَتْ نساؤهم.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu berzina, kerana ia menghilangkan kehendak pada isteri-isteri kamu, peliharalah maruah, akan terjaga maruah isteri-isteri kamu. Sesungguhnya bani fulan berzina, maka berzina pula isteri-isteri mereka.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 202, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في اللآلىء: لا يَصِحُّ وَلَهُ شَاهِدٌ عِنْدَ الْحَاكِمِ : مَا زَنَى عَبْدٌ قَطُّ فَأَدْمَنَ عَلَى الزِّنَا إِلا ابْتُلِيَ فِي أَهْلِهِ.
وَفِي إِسْنَادِهِ: كَذَّابٌ.
وَفِي لَفْظٍ: بَرُّوا آبَاءَكُمْ تَبَرَّكُمْ أبناؤكم وعفوا تعف نساؤكم.
في إسناده: كذاب.

Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali : Tidak sahih, baginya ada riwayat sokongan dalam riwayat al-Hakim dengan lafaz : tidaklah berzina seorang hamba, dengan melakukan zina melainkan Allah SWT menguji keluarganya (perkara yang sama).
Pada sanadnya ada pembohong.
Pada lafaz yang lain : berbuat baiklah kepada ayah-ayah kamu, anak-anak kamu akan berbuat baik kepadamu, peliharalah maruahmu, nescaya terpelihara maruah isteri-isterimu.
Pada sanadnya ada pembohong.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs