Anggota yang terpisah daripada haiwan

TEKS BAHASA ARAB

ما أبين من حي فهو ميت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Anggota yang terpisah daripada haiwan yang hidup maka ia adalah bangkai.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 79, hadis nombor 341. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

اشتهر على ألسنة الفقهاء، وهو قاعدة دليلها حديث: “ما يقطع من البهيمة وهي حية فهو ميتة”.

Masyhur disebut pada lidah para fuqaha’, ia merupakan satu kaedah berdalilkan hadith: “Anggota binatang yang terpotong ketika ia masih hidup, maka ia adalah bangkai”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon