TEKS BAHASA ARAB
ما اجتمع الحلال والحرام إلا غلب جانب الحرام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidaklah berkumpul yang halal dan haram melainkan yang haram itu mendominasi.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 79, hadis nombor 342. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
روي عن ابن مسعود، وفيه ضعف وانقطاع، وقال النووي والعراقي: لا أصل له.
Diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud, dalam sanadnya ada perawi lemah dan terputus. Al-Nawawi dan al-‘Iraqi berkata: “Tidak ada asalnya”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.