Barang siapa solat fajar dan dia telah duduk di tempat duduknya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى الفجر – أو قال: الغداة -، فقعد في مقعده، فلم يلغ بشيء من أمر الدنيا، يذكر الله حتى يصلي الضحى أربع ركعات؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه؛ لا ذنب له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa solat fajar, -atau baginda bersabda: pagi- dan dia telah duduk di tempat duduknya, lalu dia tidak dilalaikan dengan sesuatu dari urusan dunia, dia mengingati Allah hingga dia solat Dhuha empat rakaat, telah keluar dari dosa-dosanya umpama pada hari dia dilahirkan oleh ibunya, tiada dosa baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 313, hadis nombor 1651. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis ‘Aisyah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم المؤمنين –رضي الله عنها-، قَالَت: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من صلى الفجر – أو قال: الغداة -، فقعد في مقعده، فلم يلغ بشيء من أمر الدنيا، يذكر الله حتى يصلي الضحى أربع ركعات؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه؛ لا ذنب له))
[ أبو يعلى في ((مسند عائشة))، ((الضعيفة)) (5043/ م) ].

(Lemah) Dari Umm al-Mukminin RA, dia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa solat fajar, -atau baginda bersabda: pagi- dan dia telah duduk di tempat duduknya, lalu dia tidak dilalaikan dengan sesuatu dari urusan dunia, dia mengingati Allah hingga dia solat Dhuha empat rakaat, telah keluar dari dosa-dosanya umpama pada hari dia dilahirkan oleh ibunya, tiada dosa baginya. [Diriwayatkan Abu Ya’la dalam Kitab Musnad ‘Aisyah, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5043/ م].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon