Barang siapa solat (sunat) sebelum zohor empat rakaat, seolah-olah dia telah bertahajjud

TEKS BAHASA ARAB

من صلى قبل الظهر أربع ركعات؛ كأنما تهجد بهن من ليلته، ومن صلاهن بعد العشاء؛ كن كمثلهن من ليلة القدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa solat (sunat) sebelum zohor empat rakaat, seolah-olah dia telah bertahajjud dengannya pada waktu malam. Manakala siapa yang solatnya selepas ‘Isyak, ia menjadi seperti ia (yakni solat empat rakaat) dari lailatulqadar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 314, hadis nombor 1652. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Al-Bara' bin 'Azib RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن البراء بن عازب –رضي الله عنه-، مرفوعاً: ((من صلى قبل الظهر أربع ركعات؛ كأنما تهجد بهن من ليلته، ومن صلاهن بعد العشاء؛ كن كمثلهن من ليلة القدر)).
[طس، ((الضعيفة)) (5053) ].

(Lemah) Dari Al-Bara’ bin ‘Azib RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa solat (sunat) sebelum zohor empat rakaat, seolah-olah dia telah bertahajjud dengannya pada waktu malam. Manakala siapa yang solatnya selepas ‘Isyak, ia menjadi seperti ia (yakni solat empat rakaat) dari lailat al-qadar.
[Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5053].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs