Sekiranya seorang lelaki bersin semasa imam sedang berkhutbah di hari Jumaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا عطس الرجل والإمام يخطب يوم الجمعة, فيشمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya seorang lelaki bersin semasa imam sedang berkhutbah di hari Jumaat, maka hendaklah dia mendoakannya (lelaki tersebut).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 318, hadis nombor 1676. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Al-Hassan bin Ali RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن الحسن عن النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: ((إذا عطس الرجل والإمام يخطب يوم الجمعة, فيشمته)).
[ الشافعي في ((الأم)) ، هق، ((الضعيفة)) (5665) ].

(Sangat Lemah) Dari Al-Hasan, dari Nabi SAW, baginda telah bersabda: Sekiranya seorang lelaki bersin semasa imam sedang berkhutbah di hari Jumaat, maka hendaklah dia mendoakannya (lelaki tersebut).
[Diriwayatkan oleh al-Shafi‘i dalam Kitab al-Umm dan al-Bayhaqi, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5665].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon