Apabila imam berkata: “Allah telah mendengar bagi sesiapa yang memuji-Nya”

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إِذَا قال الإمام: سمع الله لمن حمده؛ فليقل من وراءه: سمع اَللَّه لمن حمده، [اَللَّهُمَّ! ربّنا ولك الحمد].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila imam berkata: “سمع الله لمن حمده”Allah telah mendengar bagi sesiapa yang memuji-Nya”, maka hendaklah sesiapa yang di belakangnya (yakni mengikutinya) membaca: سمع اَللَّه لمن حمده، [اَللَّهُمَّ! ربّنا ولك الحمد] Allah telah mendengar bagi sesiapa yang memuji-Nya, Ya Allah, tuhan kami dan milik-Mu segala pujian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 318, hadis nombor 1678. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة –رضي الله عنه-  قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِذَا قال الإمام: سمع الله لمن حمده؛ فليقل من وراءه: سمع اَللَّه لمن حمده، [اَللَّهُمَّ! ربّنا ولك الحمد])).
[ قط، ((الضعيفة)) (5977) ].

(Lemah) Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, Rasulullah SAW, telah bersabda: Apabila imam berkata: “سمع الله لمن حمده”Allah telah mendengar bagi sesiapa yang memuji-Nya”, maka hendaklah sesiapa yang di belakangnya (yakni mengikutinya) membaca:
سمع اَللَّه لمن حمده، [اَللَّهُمَّ! ربّنا ولك الحمد]Allah telah mendengar bagi sesiapa yang memuji-Nya, Ya Allah, tuhan kami dan milik-Mu segala pujian.
[Diriwayatkan oleh al-Daraqutni dalam Kitab Sunan-nya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5977].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon