Orang yang disembelih

TEKS BAHASA ARAB

الذبيح إسحاق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang disembelih adalah Ishaq.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 39, hadis nombor 198. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Sebahagian huffaz yang tidak memiliki deria rasa untuk merasai hadith beranggapan bahawa hadith ini adalah sahih sedangkan ia suatu pendustaan dan batil secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW) dengan pasti. Riwayat tersebut hanyalah sahih daripada Ibn 'Abbas melalui kata-kata beliau dan pandangan beliau sebagaimana juga sahih pendapat yang sebaliknya, iaitu yang disembelih adalah Isma'il. Al-Quran menyebutkan secara jelas hingga tidak ada kemungkinan berkenaan yang disembelih adalah Isma'il. Demikian juga berdasarkan sunnah, sejarah dan akal fikiran. Para pendusta selepas ini akan meriwayatkan apa sahaja yang mereka mahu, kerana pendapat bahawa yang disembelih itu ialah Ishaq merupakan pembohongan Yahudi laknatullah. Juga daripada kitab-kitab merekalah Muhammad bin Ka'ab al-Qurazi nukilkan, Muhammad bin Ishaq dan seumpama mereka berdua. Lalu para perawi meriwayatkan hadith tersebut daripada mereka dan sebahagian perawi daif dan yang tidak dikenali meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW). Tidak mungkin terjadi Nabi SAW menyanggahi kalam Allah Ta'ala, juga bercanggah dengan kenyataan yang telah pasti dalam sejarah, bahkan hal tersebut adalah mustahil. Semua orang yang merajihkan bahawa yang disembelih itu ialah Ishaq, tersembunyi kepadanya dalil-dalil ini dan disebarkan kepadanya hadith palsu ini.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs