Adakalanya seseorang ahli ibadah itu jahil dan seseorang alim itu jahat.

TEKS BAHASA ARAB

رب عابد جاهل ورب عالم فاجر، فاحذروا الجهال من العباد، والفجار من العلماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakalanya seseorang ahli ibadah itu jahil dan seseorang alim itu jahat. Maka berwaspadalah terhadap ahli-ahli ibadah yang jahil dan orang-orang alim yang jahat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 39, hadis nombor 199. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Bashshar bin Ibrahim al-Ansari, beliau seorang pemalsu hadith.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs